Prasekolah SK Bukit Perah, Ajil

Lokasi sekitar kelas prasekolah

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 5 December 2012

TAZKIRAH

Renungan Untuk Guru
Dalam memberi tunjuk ajar, ada ketikanya terdapat perkara yang di luar batas ilmu kita, oleh itu jika seorang guru tidak tahu akan jawapannya, usah sesekali ‘menghentam’ jawapan. Perlakuan sebegini akan merosakkan pelajar,  membuka kepada keegoan diri sendiri dan boleh membawa kepada syirik. Perlu diingat bahawa tidak ada seorang guru pun di dunia ini yang mengetahui semua perkara. Adalah amat penting untuk seorang guru bersikap merendah diri, ikhlas dalam memberi ilmu dan bersikap adil terhadap pelajarnya.
Seorang yang digelar guru dan merasakan dirinya alim atau berlakon seolah-olah alim atau bermegah dengan gelarannya tidak boleh dianggap sebagai ‘sebenar-benar guru’ kerana sifat riak dan takbur amat berlawanan dengan sifat ikhlas, siddiq dan amanah. Selain itu, sebenar-benar guru juga mestilah menjadi contoh kepada muridnya dan tidak diragui atau dipertikai akan perlakuannya.
Guru juga mestilah menepati masa, tidak menyeleweng dan menentukan batas kefahaman pelajarnya. Ajarlah dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar/ murid. Jadikan mereka insan yang berguna dan berperibadi mulia.
Seorang pelajar pula hendaklah sentiasa menghormati guru kerana guru adalah insan yang penting selepas ibu dan bapa. Antara adab/akhlak berguru  ialah :-
  • memberi salam kepada guru.
  • bercakap dengan sopan.
  • berpakaian bersih.
  • berlapang dada menerima teguran.
  • mengucapkan terima kasih.
  • berdoa untuk gurunya.
Dalam pada itu, menghormati guru ini ada juga batasannya. Janganlah menghormati secara membuta tuli sehingga arahan/suruhan yang bertentangan dengan syariat diikuti. Terdapat ramai guru ajaran sesat terutama  mempergunakan nama tarekat yang seringkali menyuruh muridnya melakukan perbuatan tercela sehinggakan perbuatan maksiat menyerahkan kehormatan diri kepada guru di anggap satu penyucian dosa. Perkara sebegini amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Adab berguru pasti ada hikmahnya. Namun batasannya jangan pula dilupakan. Akhir bicara, SJ mengucapkan Selamat Hari Guru khususnya buat guru-guru yang telah mendidik dan memberi ingat serta nasihat buat diri ini. Terima kasih cikgu. Jasa dan pengorbanan kalian menjadikan diriku insan berguna. Tidak lupa buat semua kenalan, kawan dan sahabat di alam perguruan. Tahniah!!

 



Tuesday, 4 December 2012


                                                           PEGAWAI DAN STAF
UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN PRASEKOLAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU


 HJH.NOREHAN BT.SULONG
KETUA UNIT ( DG44 )
NO.TEL  : 0199154500


EN.MOHD RUSLI B.IBRAHIM
PENYELIA KANAN ( DGA34 )
NO.TEL : 0199246645
                              


EN.MOHD ZAKI BIN TENREHA
PENYELIA PRASEKOLAH ( DGA32 )
NO.TEL      : 0199703371



PN.NORIZAN BT.ABDULLAH
PEMBANTU TADBIR ( N17 )
NO.TEL : 0192555284



PN.ROHANA BT.ABDULLAH
PEMBANTU TADBIR ( N17 )
NO.TEL       : 0129498477


MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI 2012






 Majlis Khatam Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Negeri Terengganu sekali lagi diadakan pada tahun 2012.Majlis ini telah berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak pada 23 Oktober 2012 bermula dari 10 pagi dan telah berakhir jam 1.00 petang dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin.Ia telah disertai oleh kanak-kanak Tadika daripada 4 Agensi iaitu Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional dan Yayasan Islam Terengganu yang juga sebagai urusetia dalam penganjuran program ini.

 Pada program kali ini, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menghantar seramai 4365 orang peserta yang juga merupakan peserta paling ramai dalam program ini diikuti Yayasan Islam 2261, KEMAS 3016 dan JPNIN 318 orang.Dalam majlis ini, wakil dari JPNT iaitu peserta dari SK Bukit Gemuroh telah menjadi membuat persembahan yang berupa sebuah Teater Muzikal yang bertajuk 'Kasih Ibu' yang menyentuh hati.
Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan jayanya dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pegawai-pegawai dari semua PPD dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan program ini berjalan lancar.