Prasekolah SK Bukit Perah, Ajil

Lokasi sekitar kelas prasekolah

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday 26 October 2013

MAJLIS PROGRAM KHATAM PINTAR AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2013

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Seperti yang telah tuan puan sedia maklum bahawa pada tahun ini sekali lagi Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Khatam Pintar Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu bagi edisi 2013. Oleh yang demikian semua Guru Prasekolah Negeri Terengganu perlu mengambil maklum perkara-perkara seperti berikut :

1. Tarikh Program : 7 November 2013
2. Tempat              : Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu
3. Masa                 : 10.00 pagi ( majlis bermula ).

Persediaan Guru :

1. Sila hadir pada masa yang ditetapkan.
2. Pastikan semua murid memakai Tag Nama yang mengandungi Nama Murid, Nama Guru dan No.  
    Telefon guru dan Nama Sekolah.
3. Sila pastikan murid dan guru berada pada tempat yang dikhaskan untuk JPNT dan mengikut 
    daerah masing-masing.
4. Sila bawa bekas untuk mengisi kasut murid dan labelkan mengikut sekolah masing-masing.
5. Sila kenalpasti murid yang dibawa oleh ibu bapa masing-masing dan pastikan ibu bapa 
    menyerahkan anak-anak mereka yang dibawa di khemah yang disediakan oleh pihak urusetia 
    dibahagian bawah berdekatan dengan tangga masuk.
6. Pastikan ibu bapa kenal guru anak mereka dan serahkan no telefon guru pada ibu bapa yang 
    membawa anak mereka sendiri.
7. Sentiasa bersama-sama dengan murid sepanjang program berjalan. DAN
8. Jangan sesekali meninggalkan majlis sebelum program tamat.


DIHARAPKAN SEMOGA PROGRAM PADA TAHUN INI DAPAT BERJALAN LANCAR. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA DARIPADA SEMUA GURU.

TERIMA KASIH.








Sunday 13 October 2013

PERUNTUKAN MAKAN PRASEKOLAH


Untuk makluman..Peruntukan untuk bantuan makanan prasekolah telah dinaikan sebanyak RM0.20 berkuatkuasa 26 Jun 2013. Oleh itu, kadar baru akan berubah dari RM1.80 kepada RM2.00 dan peruntukan berkenaan akan dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan bermula Ogos 2013. Berikut dilampirkan surat siaran tentang perkara di atas...


Sila Klik : 

Surat Siaran Perubahan Peruntukan Bantuan Makan Prasekolah

Wednesday 11 September 2013

SYARAT BIJAK PRASEKOLAH

Assalamualaikum kepada semua peserta Bijak Prasekolah Peringkat Negeri Terengganu yang akan bertanding pada 22 September 2013 nanti.Berikut dilampirkan syarat-syarat bagi acara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terbaru.Kami memohon maaf kerana sedikit lewat melampirkan syarat terbaru ini..




Monday 22 July 2013

PERTANDINGAN PENGURUSAN PRASEKOLAH TERBAIK 2013


Sekali lagi, pada tahun ini, pihak JPNT khasnya Unit PAKK dan Prasekolah akan mengadakan Pertandingan Pengurusan Kelas Prasekolah Terbaik bagi tahun 2013.Pertandingan ini melibatkan 2 kelas prasekolah terbaik yang dipilih pada peringkat daerah.

     Penilaian ini akan bermula pada bulan Ogos dan akan berakhir pada awal September yang akan melibatkan pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai Hakim.Penilaian ini akan melibatkan semua aspek pengurusan kelas prasekolah sama ada di bahagian luar dan dalam kelas.

    Pemenang bagi pertandingan ini akan di umumkan pada pada Karnival Pendidikan yang akan diadakan pada penghujung bulan September nanti.Oleh itu, diharapkan kelas-kelas yang terpilih dapat bersiap sedia dari sekarang dengan mengemaskini semua dokumen-dokumen berkaitan dan menyusun atur kelas dengan sebaik mungkin dan juga memastikan aspek kecerian, kebersihan serta pengurusan PDP di titkberatkan.

Disini dilampirkan Instrument Pemantauan sebagai panduan.

Sila Klik .............

INSTRUMENT PENGURUSAN KELAS PRASEKOLAH

Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012

1. Bab A: Maksud Perbelanjaan Bantuan Geran Per Kapita (PCG)
Maksud perbelanjaan PCG diperluaskan seperti berikut:
  • Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan peruntukan PCG Mata Pelajaran.
  • Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT Sekolah dan LPBT Asrama.
  • Perbelanjaan penyediaan makan minum mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah/asrama dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT Sekolah dan LPBT Asrama.
  • Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru/warden/kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT Sekolah dan LPBT Asrama.
2. Bab C: Borang Pengisytiharan Baki Bawa Ke Tahun Hadapan
  • Borang ini digugurkan dari SPK bi. 8 Tahun 2012.
3. Bab F: Baki Bawa Ke Tahun Hadapan
  • Baki bawa ke tahun hadapan adalah baki akhir tahun semasa dan tahun-tahun sebelumnya bagi semua jenis bantuan.
  • Baki bawa ke tahun hadapan (tidak termasuk peruntukan terlebih tuntut disebabkan pengurangan pelajar) dibenarkan dibawa keseluruhannya ke tahun berikutnya dan tidak akan dikira sebagai peruntukan tahun berikutnya.
  • Baki Bawa Ke Tahun Hadapan bagi Peruntukan PCG dan Bantuan Makan Asrama (BMA) boleh dibelanjakan untuk tujuan berikut:
1. Perolehan inventori dan harta modal termasuk penggantian perabot bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
2. Penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah dan asrama dengan jumlah perbelanjaan bagi setiap kerja tidak melebihi RM20,000 dan dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM50,000 setahun. Kerja-kerja ubah suai, naik taraf dan binaan baru tidak dibenarkan.
3. Penyelenggaraan dan pembaikan kritikal sekolah dan asrama akibat bencana alam dengan jumlah perbelanjaan tidak melebihi RM50,000.
4. Perolehan peralatan ICT yang tidak memerlukan kelulusan JPICT dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM5,000. Perolehan komputer tablet adalah tidak dibenarkan.
  • Baki Bawa Ke Tahun Hadapan Bantuan-Bantuan Persekolahan Lain (Selain PCG dan BMA) boleh dibelanjakan untuk tujuan berikut:
1. Semua baki boleh dibelanjakan mengikut maksud perbelanjaan yang sama bagi bantuan tersebut.
Pindaan dan penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 17 Jun 2013.


 SILA KLIK......

PINDAAN PEKELILING KEWANGAN BIL.8 2012




Sunday 21 July 2013

GERAK TARI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH 2013


UNTK MAKLUMAT SEMUA GURU BAHAWA GERAK TARI 1 MALAYSIA TELAH DIBUAT PELARASAN KE SEMUA NEGERI DARI SEGI PERGERAKAN DAN JUGA MASA.KESELURUHAN PERGERAKAN DALAM GERAKAN TERSEBUT TELAH DIUBAH DAN MASA TELAH PUN DIPENDEKKAN KEPADA 6.56 MINIT SAHAJA.INI KERANA GERAKAN YANG SEBELUM INI TERLALU LAJU DAN MASA YANG DIPERUNTUKAN TERLALU LAMA DAN AMAT MELETIHKAN MURID PRASEKOLAH. 

UNTUK MAKLUMAN PROGRAM INI AKAN DILAKSANAKAN PADA PERINGKAT NEGERI PADA 1 OKTOBER 2013 DI SEKOLAH MASING-MASING SERENTAK DENGAN PERINGKAT KEBANGSAAN YANG AKAN BERLANGSUNG DI SELANGOR.SETIAP SEKOLAH DIKEHENDAKI MEMBUAT DOKUMENTASI SEMASA PELAKSANAAN UNTUK DIHANTAR KE JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SELEPAS PROGRAM.

PAKAIAN BAGI PROGRAM BERKENAAN TELAHPUN DISELARASKAN DI SELURUH NEGARA DAN CONTOH PAKAIAN BOLEH DIMUATTURUN  DISINI.

PIHAK SEKOLAH AMAT DIGALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN BERKENAAN PADA HARI PROGRAM DAN KOS BAGI PAKAIAN BERKENAAN DIBAWAH TANGUNGGAN SEKOLAH MASING2.HARAP MAKLUM.

CONTOH DESIGN BAJU GERAK TARI


Sunday 16 June 2013

PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM akan menganjurkan Program Kecemerlangan Prasekolah, KPM Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober nanti.Antara aktiviti yang akan diadakan adalah :

1. Gerak Tari Prasekolah 1Malaysia
2. Anugerah Q-Prasekolah
3. Bijak Prasekolah yang dahulunya dikenali sebagai Karnival
    Prasekolah.

Semua negeri dikehendaki menghantar seramai 30 orang murid bagi mewakili acara-acara yang akan dilaksana dan dipertandingkan pada program berkenaan.

Aktiviti yang diberi perhatian di sini adalah Bijak Prasekolah yang mana terdapat 5 aktiviti yang akan dipertandingkan pada peringkat daerah dan negeri untuk mewakili negeri pada hari program nanti.

Aktiviti berkenaan ialah:

1. Nyanyian dan gerakan dalam Bahasa Inggeris - 11 Orang peserta
2. Aktiviti Bahasa Malaysia - Susun Huruf membentuk perkataan dan Menyusun Perkatan Menjadi
    Ayat. - 4 orang peserta
3. Aktiviti Bahasa Inggeris - Words Contruction By Rearranging Letter dan Sentence Constuction -
    4 Orang peserta
4. Nyanyian Solo - 1 orang peserta.

Cadangan pertandingan pada peringkat negeri dijangka akan dilaksanakan pada awal bulan September. Semua daerah dikehendaki menghantar johan bagi setiap kategori untuk mewakili daerah ke Peringkat Negeri.

Oleh itu, diharap semua kelas prasekolah dapat bersedia dari sekarang untuk melatih murid-murid agar dapat turut serta dalam pertandingan berkenaan.


Berikut dilampirkan Syarat-Syarat Pertandingan Berkenaan

SYARAT PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH




Saturday 27 April 2013


TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH DAERAH KEMAMAN


Pada 16 April 2013 yang lepas, PPD Kemaman telah mengadakan satu taklimat bagi memantapkan pengurusan bagi kelas prasekolah di Daerah Kemaman Khususnya. Taklimat berkenaan melibatkan seramai 63 orang guru prasekolah di seluruh kemaman. Taklimat disampaikan oleh pegawai dari JPN Terengganu iaitu En.Mohd Rusli B. Ibrahim dan En.Mohd Zaki B. Tenreha dari Unit PAKK dan Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah dan diurusetiakan oleh En. Asian B. Husin, Penyelia Prasekolah PPD Kemaman.





Taklimat berlangsung selama 3 jam meliputi semua aspek pengurusan kelas prasekolah bagi penyelarasan peringkat negeri terutamanya melibatkan pengurusan Fail Prasekolah. Alhamdulillah sambutan yang diterima dari semua guru amat menggalakkan kerana semua guru dapat menghadirkan diri dan mendengar taklimat dengan penuh minat.


Semoga dengan taklimat ini, aspek pengurusan Kelas Prasekolah di Negeri Terengganu dapat di tingkatkan dan dapat diselaraskan agar tiada lagi masalah kekeliruan di antara guru. Pihak pengurusan Unit PAKK dan Prasekolah akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa agar aspek ini sentiasa diberi perhatian oleh semua guru..



Tuesday 9 April 2013

PEMANTAUAN 2013


 Gambar Hiasan


Sepanjang Pemantauan Pengurusan Prasekolah pada suku pertama Tahun 2013, beberapa perkara dapat digariskan yang sering di jumpai oleh Pemantau iaitu :

1. Tiada Perancangan Perbelanjaan Tahun PCG, BMP dan Kokurikulum

2. Senarai fail dan pengemaskinian Fail tidak teratur ( Maklumat Terkini prasekolah, Pekeliling 
    terkini, susunan dokumen yang tidak teratur )

3. Keadaan kelas -

     - Keadaan berhabuk dikawasan tepi tingkap dan cermin tingkap, peralatan di dalam kelas ,
     - Kawasan memasak tidak dibersihkan dengan sempurna
     - Sawang di celah dan di atas peralatan dan perabot
     - Peralatan perabot tidak teratur dan bahan2 yang digunakan murid tidak disusun semula selepas
       waktu persekolahan.

4. Pemantauan dan Pencerapan oleh pihak pentadbir iaitu pentadbir hanya memantau dan membuat
    pencerapan tanpa bukti iaitu tiada sebarang dokumen atau instrument pemantauan diberikan oleh
    pencerap selepas proses pencerapan atau pemantauan.


Oleh itu, diharap kepada semua Guru dan PPM prasekolah agar dapat mengambil berat terhadap perkara di atas dan dapat bekerjasama dalam memastikan ianya tidak berulang  seterusnya dapat membantu melancarkan proses P&P dan memberi keselesaan kepada murid prasekolah.

Bagi membantu guru dalam menghadapi beberapa masalah di atas, di bawah ini dilampirkan beberapa contoh borang yang boleh digunakan oleh guru dalam pengurusan kelas prasekolah..



   
Gambar Hiasan


Sila Klik.........





FAIL MEJA GURU DAN PPM
 

Gambar Hiasan
 
Daripada hasil pemantauan yang dilakukan sepanjang 2011 dan 2012 kebanyakan guru dan ppm tidak menyediakan fail meja yang sepatutnya ada di kelas Prasekolah. Alasan yang diberikan oleh mereka adalah ketiadaan format atau tidak tahu macamana menghasilkan fail meja mereka....

Oleh itu, pihak pemantau telah mencadangkan agar rujukan dibuat kepada guru-guru lain yang sudah ada fail meja dan mengikut format yang telah disediakan, namun begitu hasil daripada pemantauan pada 2013 didapati formatnya berbeza-beza antara sekolah.

Sebagai inisiatif kepada penyelesaian masalah ini, di sini dilampirkan contoh format fail meja terkini dan pengisian maklumat yang sedang gunakan oleh jabatan dan mengikut format yang telah diberikan oleh KPM...diharapkan dengan adanya format ini, semua fail meja dapat diselaraskan di semua sekolah tanpa sebarang alasan..



Sila Klik...........

FORMAT FAIL MEJA GURU DAN PPM



Monday 8 April 2013

KKPQ 2013
 

Salam buat semua warga prasekolah...untuk makluman bahawa majlis Khatam Kurikulum Khas Pintar Al-Quran ( KKPQ ) sekali lagi akan diadakan pada tahun ini dengan sasaran keseluruhan meliputi 4 agensi di Negeri Terengganu adalah sebanyak 10,025 orang murid.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 4,540 orang murid telah diperuntukan untuk Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu iaitu pertambahan sebanyak 4% daripada jumlah tahun 2012. Tempat berlansungnya acara ini belum diputuskan secara rasmi lagi namun pada peringkat awal cadangan adalah di Stadium Tertutup Gong Badak sebagaimana tahun lepas...

Oleh itu, diharapkan agar semua guru prasekolah dan semua yang terlibat secara langsung dalam majlis ini dapat bersama-sama bekerjasama dalam memastikan agar majlis ini dapat berjalan sebagimana yang diharapkan...Insyallah..

Berikut dilampirkan jumlah murid yang dijangka akan menghadiri majlis berkenaan.


Sila Klik

ANGGARAN JUMLAH MURID KKPQ 2013

Monday 11 March 2013

SELAMAT DATANG....


SELAMAT DATANG KETUA UNIT BARU


Hjh.Norehan Bt.Sulong
Ketua Unit PAKK dan Prasekolah


Selamat datang diucapkan kepada Ketua Unit PAKK dan Prasekolah, JPNT Pn.Norehan Bt.Sulong yang telah lantik menerajui Unit Pakk dan Prasekolah bermula 1 Mac 2013.Beliau telah mengantikan Ketua Unit sebelum ini iaitu En. Zakaria Bin Muda yang telah diamanahkan menjadi Ketua Unit Rendah bermula tarikh yang sama.Oleh itu, diharapkan dengan pengurusan baru ini, Unit Pakk dan Prasekolah akan sentiasa dihadapan dalam menguruskan pengurusan prasekolah di Negeri Terengganu dan memberi perkhidmatan yang baik kepada semua warga prasekolah seterusnya dapat bersama-sama meningkatkan kualiti prasekolah.Insyaallah..



Barisan Pengurusan Unit PAKK dan Prasekolah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu


Dari kiri : Pn Rohana Bt.Abdullah ( Pem.Tadbir ), Pn.Norizan Bt.Abdullah ( Pem.Tadbir ), Hjh.Norehan Bt.Sulong          ( Ketua Unit ), En.Zakariah Bin.Ali ( Ketua Sektor,SPS ), En.Rosli Bin Chik ( Ketua Penolong Pengarah, SPS ), En.Mohd Rosli Bin Ibrahim ( Penyelia Kanan ), En.Mohd Zaki Bin Tenreha ( Penyelia ) dan Pn.Nurul Afiqah Buhi Bt.Abdullah ( Ketua Pem.Tadbir )








Sunday 24 February 2013

 DATA MANUAL MURID PRASEKOLAH SEHINGGA FEBRUARI 2013


Makluman kepada semua guru prasekolah Negeri Terengganu bahawa pihak Unit PAKK dan Prasekolah sedang mengemaskini Data Murid Prasekolah secara manual bagi mendapatkan jumlah sebenar murid prasekolah yang berdaftar di kelas Prasekolah tuan-tuan dan puan-puan.Ini bagi memastikan jumlah yang terdapat di dalam SMPK adalah sama dengan jumlah sebenar murid yang berada di dalam kelas.

Oleh itu, mohon kerjasama semua Guru Prasekolah agar dapat menyemak bilangan murid di kelas masing-masing daripada jadual yang dilampirkan dan memastikan jumlah murid adalah betul mengikut kohort umur dan jantina.Sekiranya ada perubahan atau maklumat tidak tepat, mohon maklumkan kepada Pegawai Prasekolah PPD masing-masing seberapa segera kerana maklumat berkenaan akan dilaporkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dari semasa ke semasa.


* Maklumat Tambahan :
Pengisian data SMPK perlu diisi secepat mungkin tanpa menunggu tarikh akhir iaitu 30 April 2013 bagi memastikan tidak terdapat masalah talian semasa pengisian.



Harap Maklum.

Sila Klik :

DATA MURID PRASEKOLAH SEHINGGA FEB 2013

Saturday 23 February 2013

PENGAMBILAN GURU GANTI DAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN BAGI JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) PRASEKOLAH


Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah, JPNT telah membuka peluang kepada semua kelas prasekolah yang memerlukan Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) dan Guru ganti bagi mengantikan Guru dan PPM tetap yang akan bersalin.

Bagi Guru ganti permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing melalui Pegawai KGSK dan bagi Pekerja Sambilan Harian menggantikan Pembantu Pengurusan Murid (PPM), permohonan hendaklah dibuat melalui sekolah dengan mengemukan dokumen berikut :

Dokumen yang diperlukan :

1. Sijil Akuan Bersalin ( Guru dan PPM tetap )

2. Sijil Cuti sakit ( Guru dan PPM tetap )

3. Sijil SPM penganti ( Sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu )

4. Salinan Kad Pengenalan  penganti

5. Borang Permohonan Cuti Bersalin ( Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 2010 ) sekiranya Guru dan
    PPM memohon cuti bersalin awal..lampiran A

Pihak sekolah dilarang sama sekali mengambil Pekerja Sambilan Harian (PSH ) dan Guru ganti sebelum permohonan diluluskan oleh JPN atau PPD.

Sekolah juga boleh memohon Guru dan PPM ganti sekiranya Guru dan PPM tetap memohon bercuti awal dengan syarat telah mengisi Borang Permohonan Cuti Bersalin ( lampiran A) dan telah mendapat kelulusan daripada Guru Besar.

Bagi PPM ganti permohonan hendaklah dibuat segera oleh pihak sekolah selepas kelulusan permohonan Cuti Bersalin (lampiran A ) ke Unit PAKK dan Prasekolah bagi mempercepatkan proses pengantian.

Bagi Guru Ganti hendaklah berurusan terus dengan PPD masing-masing.

Pemilihan calon bagi Pekerja Sambilan Harian menggantikan Pembantu Pengurusan murid (PPM) hendaklah dibuat oleh pihak sekolah manakala Guru Ganti dibuat oleh PPD masing-masing melalui pegawai KGSK.

Untuk makluman, gaji Guru Ganti dan Pekerja Sambilan Harian(PSH) akan dibayar pada hari persekolahan sahaja.

Surat Penerimaan Tawaran Pekerjaan Sambilan Harian ( lampiran D ) hendaklah dihantar ke Unit Perjawatan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan u.p : Pn Nadia Bt.Mohd Azi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit PAKK dan Prasekolah untuk perhatian Ketua Unit PAKK Dan Prasekolah Hjh Norehan binti Sulong di talian 09-6213133, 6213138, 6213132, 6213392

Wednesday 13 February 2013


 TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH
 
Satu taklimat Pengurusan Prasekolah telah diadakan di Daerah Dungun anjuran PPD Daerah Dungun pada hari Rabu 13 februari 2013 bertempat di Bilik Satria, PPD dungun baru-baru ini. Taklimat yang disampaikan oleh En.Mohd Zaki Bin Tenreha dan En.Mohd Rusli Bin Ibrahim dari Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah, JPNT bertujuan untuk memantapkan kaedah pengurusan kelas prasekolah kepada guru-guru prasekolah Daerah Dungun dan memberi maklumat terkini tentang perkembangan prasekolah di Negeri Terengganu. Selain itu, guru-guru juga diberi pendedahan tentang pelarasan kaedah pengurusan fail prasekolah yang selama ini tidak selaras disetiap sekolah.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua guru prasekolah Daerah Dungun yang hadir atas kerjasama dan sambutan bagi memastikan taklimat ini berjalan lancar dan mencapai apa yang dikehendaki oleh pihak pengurusan khususnya dari Unit PAKK dan Prasekolah,JPNT.


Semoga ia memberi satu input berguna kepada semua guru bagi pemantapan pengurusan kelas seterusnya besama-sama meningkatkan kualiti prasekolah di Negeri Terengganu...INSYALLAH!!


Tuesday 5 February 2013

PEMANTAUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 2013


MAKLUMAN KEPADA SEMUA BAHAWA PEMANTAUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH BAGI SESI 2013 TELAH PUN BERMULA...PEMANTAUN INI MELIBATKAN SEMUA SEKOLAH YANG TERPILIH BAGI SETIAP DAERAH DAN PEMILIHAN SEKOLAH BERKENAAN DIBUAT SECARA RAWAK..PEMANTAUAN INI BERTUJUAN UNTUK MELIHAT TAHAP PENGURUSAN KELAS PRASEKOLAH DAN BIMBINGAN KE ARAH PENGURUSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEMASA KE SEMASA.

OLEH ITU, DIHARAP KEPADA SEMUA GURU PRASEKOLAH AGAR DAPAT BERSIAP SEDIA DAN MENERIMA KEHADIRAN PEMANTAU DENGAN HATI TERBUKA DAN SENTIASA BERSEDIA SERTA TIDAK MENGANGGAP IA SATU BEBANAN KEPADA SEMUA...

PEMANTAUAN INI AKAN DIJALANKAN OLEH SEMUA PEGAWAI PRASEKOLAH JPNT DAN PPD BERMULA DARI FEBRUARI HINGGA OKTOBER 2013.

BAGI MELANCARKAN PROSES PEMANTAUAN INI, DISINI DILAMPIRKAN INSTRUMENT SEBAGAI PANDUAN KEPADA GURU AGAR GURU LEBIH BERSEDIA DAN MEMENUHI KEHENDAK PEMANTAUAN...

SEMOGA DENGAN ADANYA PEMANTAUAN INI, TAHAP PENGURUSAN PRASEKOLAH AKAN LEBIH BAIK DAN SETERUSNYA DAPAT BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PRASEKOLAH.

TERIMA KASIH..

SILA KLIK
INTSTRUMENT PEMANTAUAN

Sunday 3 February 2013

PROGRAM SCIENCE KIDS


Sukacita dimaklumkan, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) sedang melaksanakan satu program khas iaitu Science Kids untuk pelajara Tadika Yayasan Islam Terengganu ( YIT) dan Sk.Sultan Sulaiman 1.
Sehubungan dengan itu, PSKT juga akan memperluaskan lagi program ini dengan melibatkan para pelajar prasekolah dan guru Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Bagi melaksanakan program ini, sedikit kos dikenakan pada setiap peserta iaitu sebanyak RM8.00 dan guru/pengiring dikecualikan bayaran.Bayaran ini termasuk makanan dan minuman kepada semua peserta.

Oleh yang demikian, kepada kelas prasekolah yang bercadang untuk menyertai program ini bolehlah terus berhubung dengan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di talian 09-6224249/09-6264000 untuk membuat tempahan.Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.

Tentatif Program berkenaan adalah seperti berikut :


9.00 - 9.15 pagi       - Pendaftaran dan taklimat
9.15 - 10.00 pagi     - Tayangan Filem Full Dome ' The Origin Of Life/ Infiniti Ekpress/Kaluoka'hina The
                                   Enhanted Reef.
10.00 - 10.30 pagi   - Program sains Kreatif 1 dan 2
10.30 - 10.45 pagi   - Galeri Sains
10.45 - 11.00 pagi   - Science Show
11.30 pagi               - Bersurai

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan En.Mohd Zaki Bin Tenreha, Penyelia Prasekolah, JPNT di talian 09-6213392/019-9703371

' BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PRASEKOLAH'

Saturday 2 February 2013

PENGURUSAN FAIL PRASEKOLAH

TERKINI UNTUK SEMUA WARGA PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU

SATU BENGKEL PENYELARASAN FAIL BAGI KELAS-KELAS PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU TELAH PUN DIADAKAN PADA 29.1.2013 BERMULA JAM 9 PAGI HINGGA 5.00 PETANG DI RUMAH TAMU, JPNT, KUALA TERENGGANU.IA DISERTAI OLEH SEMUA PENYELIA PPD SETIAP DAERAH DAN 9 ORANG JURULATIH NEGERI.SELEPAS BENGKEL TERSEBUT SATU PANDUAN PENGURUSAN FAIL TELAH DIBUAT UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA GURU TENTANG PENGISIAN PADA SETIAP FAIL.

BENGKEL TERSEBUT JUGA MEMBINCANGKAN TENTANG ITEM YANG MESTI ADA DISETIAP KELAS YANG MANA KEBANYAKANNYA PUN SUDAH DISEDIAKAN OLEH KELAS MASING2..MAKLUMAT TENTANG BENGKEL BERKENAAN ADALAH SEPERTI YANG DILAMPIRKAN...

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, KATA PUTUS TELAH DIBUAT TENTANG FAIL YANG PERLU ADA DI PEJABAT DAN DI KELAS.JUMLAH FAIL YANG PERLU ADA MASIH LAGI DIKEKALKAN SEBANYAK 15/16 BUAH DAN HANYA FAIL RASMI ( FAIL BERDAFTAR )IAITU YANG BERWARNA PUTIH SAHAJA YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH GURU DAN MESTI BERADA DI DALAM KELAS.FAIL YANG BERADA DI PEJABAT TIDAK PERLU DISEDIAKAN SEBANYAK 15 FAIL SEPERTI YANG DIMAKLUMKAN SEBELUM INI DAN MASIH DIKEKALKAN DENGAN FAIL YANG SEDIA ADA. 
DIHARAPKAN DENGAN MAKLUMAT DAN PANDUAN INI DAPAT MEMUDAHKAN GURU DALAM PENGURUSAN FAIL DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH AGAR KITA BERSAMA DAPAT MENINGKATKAN KUALITI PRASEKOLAH KHUSUSNYA DI NEGERI TERENGGANU.                          

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En.Mohd Zaki Bin Tenreha, Penyelia Prasekolah, Unit PAKK dan Prasekolah di talian 09-6213392/019-9703371

GARIS PANDUAN PENGURUSAN FAIL ( SILA KLIK )https://www.dropbox.com/s/rnwpyzvtfvm8lir/PENGURUSAN%20FAIL%20DAN%20KELAS%20PRASEKOLAH.doc

Wednesday 16 January 2013

RALAT SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN


UNTUK MAKLUMAN, PENGISIAN DATA SMPK VERSI 2.0 MENGALAMI SEDIKIT RALAT YANG MANA MURID PRASEKOLAH YANG SEBELUM INI BERDAFTAR DI KELAS TADIKA SELAIN DARIPADA PRASEKOLAH KPM TIDAK DAPAT DIMASUKKAN KE DALAM SISTEM SEKARANG.

OLEH YANG DEMIKIAN DIMINTA KEPADA SEMUA GURU AGAR DAPAT MENYENARAIKAN MAKLUMAT LENGKAP IAITU NAMA, NO MYKID DAN INSTITUSI /AGENSI YANG DIDUDUKI DAHULU.

MAKLUMAT BERKENAAN HENDAKLAH DISERAH MELALUI EMAIL KE UNIT PAKK DAN PRASEKOLAH DI ALAMAT:

pakk.prasekolahjpnt@gmail.com DAN mrossly@gmail.com

SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI PERKARA DI ATAS ,SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK UNIT PAKK DAN PRASEKOLAH ( u.p : EN.MOHD RUSLI BIN IBRAHIM ).

PELAKSANAAN AKTIVITI FIZIKAL MURID PRASEKOLAH 2013


SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM TELAH MENYEDIAKAN SATU PANDUAN AKTIVITI FIZIKAL UNTUK MURID-MURID PRASEKOLAH DALAM BENTUK CAKERA PADAT.PANDUAN INI ADALAH BERBENTUK KAREOGRAFI YANG MANA AKTIVITI INI MENCAKUPI KEPERLUAN BAGI TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA YANG TERDAPAT DI DALAM KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN PRASEKOLAH ( KSPK ).

OLEH ITU, SEMUA GURU PRASEKOLAH DI NEGERI TERENGGANU HENDAKLAH MELAKSANAKAN AKTIVITI TERSEBUT SEBAGAI SALAH SATU AKTIVITI MURID PRASEKOLAH SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI LUAR KELAS BAGI TAHUN 2013.

PANDUAN INI AKAN DISEBARKAN KEPADA SEMUA GURU OLEH PENYELIA DAERAH MASING-MASING SELEPAS PENERANGAN TERPERINCI KEPADA SEMUA PENYELIA DAERAH DALAM MASA TERDEKAT.

DISINI DILAMPIRKAN SURAT MAKLUMAN TENTANG PERKARA DI ATAS DAN SEGALA PERKEMBANGAN PROGRAM INI AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KE SEMASA.



SILA KLIK :

PELAKSANAAN AKTIVITI FIZIKAL MURID PRASEKOLAH


..

Sunday 6 January 2013


SURAT EDARAN DAN SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 (SPK 8/2012)


Bersama-sama ini dilampirkan Surat Edaran dan Surat Pekeliling Kewangan Bil.8/2012 (SPK 8/2012) KPM yang jelas menerangkan maksudnya tersendiri untuk makluman dan perhatian segera pihak tuan. Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan makluman tersebut;



 SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.8/2012



2        Untuk makluman, garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan kewangan bagi sembilan (9) jenis bantuan persekolahan yang perlu dipatuhi oleh semua sekolah. Sehubungan dengan itu, mohon pihak sekolah agar memuat-turun surat pekeliling berkenaan bagi membantu pihak sekolah dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah pada tahun 2013 ini. Pihak Jabatan memohon agar pihak sekolah dapat mengambil perhatian dengan segera berkenaan perkara di atas.
Sekian, terima kasih.

Wednesday 2 January 2013

SALAM..MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU.

PENGISIAN DATA MURID KE DALAM SMPK BOLEH DIBUAT MULAI 10 JANUARI HINGGA 30 APRIL 2013.UNTUK MAKLUMAN SISTEM SMPK SEKARANG ADALAH DALAM VERSI BAHARU IAITU VERSI 2.0, NAMUN BEGITU CARA PENGGUNAANNYA ADALAH SAMA SEPERTI VERSI YANG LEPAS.

DIHARAP DENGAN ADANYA VERSI TERBAHARU INI, SEMUA MASALAH YANG DIHADAPI SEBELUM INI TELAH DAPAT DIATASI.SEKIRANYA MASIH TERDAPAT MASALAH TENTANG SISTEM BERKENAAN, BOLEHLAH MAKLUMKAN TERUS KE UNIT PAKK DAN PRASEKOLAH, JPNT UNTUK PERHATIAN EN.MOHD RUSLI BIN IBRAHIM DI TALIAN 0199246645/ 096213132.HARAP MAKLUM.


TERIMA KASIH. 

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYELIA AGAR DAPAT MEMANJANGKAN SURAT INI KEPADA SEMUA SEKOLAH