Prasekolah SK Bukit Perah, Ajil

Lokasi sekitar kelas prasekolah

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 26 February 2017

JOM KITAR SEMULA....

Nama Program : Lawatan Bermaklumat Kanak-kanak Tadika / Taska dan Prasekolah 2017 ke RD Papers Sdn. Bhd. Gong Badak. Tarikh : 27 Februari 2017 Masa : 10 pagi - 12.00 tengahari Tempat : Lot 36307, Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus. Penyertaan : Penyelia Prasekolah PPD Kuala Nerus, 4 orang guru prasekolah di kuala nerus, 3 orang murid prasekolah SK Gong Badak. Aktiviti : 1.Penerangan berkaitan cadangan pelaksanaan program bayaran yuran melalui aktiviti kitar semula (BAYMAKS) di tadika / taska dan prasekolah. 2.Lawatan di persekitaran industri. Antara sekolah yang bakal terlibat dengan program rintis ini adalah: 1. SK Tok Jiring 2. SK Gong Badak 3. SK Kompleks Gong Badak 4. SK Kompleks Seberang Takir 5. SK Kompleks Tembesu 6. SK Padang Air 7. SK Teluk Ketapang 8. SK Bukit Tok Beng 9. SK Tok Jembal 10.SK Seberang Takir Semoga program ini dapat berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

LAWATAN KPP SPS KE KELAS PRASEKOLAH

20 Februari 2017 - Encik Rosli bin Chik, KPP, Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT telah mengadakan lawatan ke kelas Prasekolah dengan diiringi oleh Encik Azwadi bin Amzah, Ketua Unit PAKK Dan Prasekolah, JPNT, En. Mohd Rusli bin Ibrahim dan Pn. Nor Isoura bt Mohd Nor. Pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama sepanjang lawatan tersebut. Terima kasih kepada Tuan KPP atas kesudian hadir ke kelas prasekolah.

Saturday 25 February 2017

KURSUS TOT TUNAS DOKTOR MUDA 2017

Nama Program : Kursus TOT Tunas Doktor Muda 2017 Tarikh : 23 Februari 2017 Masa : 9.30 pagi hingga 4.30 petang Tempat : Bilik Seminar, PPD Setiu Penyertaan : 40 orang guru Prasekolah seluruh Terengganu (5 orang / daerah) Anjuran : Unit Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit PAKK Dan Prasekolah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Monday 13 February 2017

SELAMAT BERSARA

1 Februari 2017 merupakan tarikh persaraan wajib buat Puan Norizan bt Abdullah @ Kak Zan, Pembantu Tadbir Unit PAKK Dan Prasekolah, JPNT. Semoga Kak Zan sentiasa berada di dalam keceriaan dan kerahmatan ALLAH jua. Selamat Bersara.

SUMBANGAN BANTUAN BANJIR

Misi bantuan banjir oleh Majlis Belia Negeri Terengganu telah disempurnakan pengagihannya kepada enam (6) buah sekolah terlibat banjir oleh En. AZahar bin Abu Bakar, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT. Sekolah terlibat adalah 3 buah di daerah Setiu iaitu SK Sungai Las, SK Kg. Besut dan SK Langkap. Manakala 3 lagi di daerah Hulu Terengganu iaitu SK Matang, SK Kuala Ping dan SK Tengkawang. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini berterusan untuk masa-masa mendatang.