Tuesday 4 December 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI 2012






 Majlis Khatam Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Negeri Terengganu sekali lagi diadakan pada tahun 2012.Majlis ini telah berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak pada 23 Oktober 2012 bermula dari 10 pagi dan telah berakhir jam 1.00 petang dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin.Ia telah disertai oleh kanak-kanak Tadika daripada 4 Agensi iaitu Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional dan Yayasan Islam Terengganu yang juga sebagai urusetia dalam penganjuran program ini.

 Pada program kali ini, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menghantar seramai 4365 orang peserta yang juga merupakan peserta paling ramai dalam program ini diikuti Yayasan Islam 2261, KEMAS 3016 dan JPNIN 318 orang.Dalam majlis ini, wakil dari JPNT iaitu peserta dari SK Bukit Gemuroh telah menjadi membuat persembahan yang berupa sebuah Teater Muzikal yang bertajuk 'Kasih Ibu' yang menyentuh hati.
Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan jayanya dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pegawai-pegawai dari semua PPD dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan program ini berjalan lancar.

0 ulasan:

Post a Comment