Prasekolah SK Bukit Perah, Ajil

Lokasi sekitar kelas prasekolah

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday 20 July 2016

MAKLUMAN PERTUKARAN KETUA UNIT PAKK DAN PRASEKOLAH JPNT

PUAN HAJAH NOREHAN BINTI SULONG
Mantan Ketua Unit

Berasah parang bersepuh lama
menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal

 

Lipat sirih di tapak tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
budi puan kami tak lupa

 

Hajat nak tawan gunung nan tinggi
Liarnya haiwan jangan selisih
terpahat kenangan tugu memori
pergilah dengan ingatan kasih
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Mudik ke hilir berperahu layang
Singgah sebentar di Indera Giri
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi





EN. AZWADI BIN AMZAH
Ketua Unit

Sungguh riang anak Palembang
Mengayuh sampan sambil berdendang
Syair disebut nada terbilang
Selamat datang kami ucapkan

Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali
Salam dihulur sambut kehadiran
Moga diiringi Restu Ilahi








Sunday 26 June 2016

VIDEO SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH TERENGGANU 2015


Tarikh : 4 Oktober 2015
Tempat : SMK Kompleks Seberang Takir & SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus

Sunday 29 May 2016

TAKLIMAT PELAKSANAAN SKPK & PENATARAN FLIPPED CLASSROOM

Perkara : Taklimat Pelaksanaan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) Dan Penataran Pelaksanaan Kelas Flipped Classroom Prasekolah Tahun 2016
Tarikh : 11 - 12 Mei 2016
Tempat : BTPNT, Marang, Terengganu
Penceramah :
1. Cik Shadhana Popatlal, Ketua Penolong Pengarah Prasekolah JNJK, KPM,
2. Puan Roszilah bt Haji Mohd Arif, Penolong Pengarah Prasekolah JNJK, KPM
3. Puan Noor Akmar bt Jais, Ketua Unit Ko-Akademik Prasekolah, BPSH, KPM
Penyertaan : 40 orang (12 orang Guru Besar, 14 orang Guru Prasekolah, 03 orang Pegawai Unit PAKK & Prasekolah JPNT, 07 orang Penyelia Prasekolah PPD Terengganu dan 04 orang Pegawai JNJK Terengganu)

Senarai Kelas Rintis Flipped Classroom setiap daerah :


Bil
Daerah
Sekolah
1
Kuala Terengganu
SK Gong Tok Nasek
2
Kuala Nerus
SK Kompleks Tembesu
SK Gong Badak
3
Marang
SK Batangan
4
Hulu Terengganu
SK Padang Setengge
5
Dungun
SK Kuala Jengal
6
Kemaman
SJK(C) Kuala Kemaman
7
Setiu
SK Putera Jaya
8
Besut
SK Kampung Raja
SK Gong Bayor


Barisan Pegawai JNJK Terengganu yang turut serta dalam taklimat tersebut.




Sesi Pre-Test bersama Cik Shadhana Popatlal dan Puan Roszilah bt Haji Mohd Arif



Sesi Perbincangan






Sesi Slot Flipped Classroom oleh Puan Noor Akmar bt Jais, BPSH KPM



































Unit PAKK Dan Prasekolah JPN Terengganu


Friday 6 May 2016

LAWATAN YBHG DATO' SUB KEWANGAN, KPM

Tarikh : 4 Mei 2016
Tempat : SK Gong Nangka, Marang
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Dato' Abd Wahid bin Ahmad, Dato' SUB Kewangan, KPM, En. Mohd Radzi bin Hashim, TSUB Cawangan Naik Pangkat, BPSM, En. Mohd Sabri bin Seman, KPSU Bajet, KPM, Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Azahar bin Abu Bakar, Ketua Sektor, SPS, JPNT, Tuan Ketua Sektor, SK2P, JPNT, Pegawai SK2P, JPNT, Ketua Unit PAKK Dan Prasekolah, SPS, JPNT, Penyelia Kanan Prasekolah, SPS, JPNT,  Tuan PPD Marang, Penyelia Prasekolah PPD Marang, Guru Besar, GPK dan semua Guru SK Gong Nangka, Anak-anak Prasekolah SK Gong Nangka serta semua yang menjayakan program lawatan ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Sepakat Pasti Sukses.




 YBhg. Dato' SUB Kewangan KPM bersama anak-anak prasekolah SK Gong Nangka, Marang

Telatah Anak-anak Prasekolah yang teruja dan gembira dengan kehadiran YBhg. Dato' SUB Kewangan, KPM dan semua ahli rombongan.

 

Tidak melepaskan peluang bergambar kenangan sempena lawatan YBhg. Dato' SUB Kewangan, KPM ke SK Gong Nangka.







Monday 2 May 2016

PROGRAM LATIHAN TRANSFORMASI NEGARA DAN KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU PRASEKOLAH TERENGGANU 2016

Tarikh : 13 hingga 16 Mac 2016
Tempat : Kem Biro Tatanegara (B), Langkawi, Kedah
Anjuran : Biro Tatanegara Cawangan Negeri Terengganu
Peserta : 97 orang Guru Prasekolah Terengganu
Aktiviti : Ketatanegaraan, Kerja Lapangan, Aktiviti Ilmiah, Riadah, Bengkel Kerja, Kerohanian

Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Terengganu serta semua kakitangan yang terlibat, Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT, Ketua Unit PAKK Dan Prasekolah,JPNT, Semua PPD Terengganu, barisan Jurulatih, Fasilitator, Penyelia, Urus setia dan semua peserta yang menjayakan program ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Sepakat Pasti Sukses.