Saturday 18 January 2014


PENJELASAN TENTANG SUNTIKAN TIFOID BAGI PENYEDIAAN MAKANAN OLEH PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isu berkaitan keracunan makanan telah menjadi topik hangat diperkatakan kini. Tahap kebersihan setiap premis dan pekerja yang menyediakan makanan sering dipantau bagi memastikan tahap kebersihan dan cara penyediaan makanan yang selamat. Oleh yang demikian, salah satu cara pencegahan bagi mengelakkan keracunan makanan oleh pengendali makanan khususnya untuk peniaga-peniaga ialah dengan suntikan Pelalian Tifoid. 

Bagi pengendali makanan di premis kerajaan  seperti kantin dan juga kelas prasekolah juga diwajibkan mengambil suntikan ini supaya tahap kebersihan dalam penyediaan makanan terjamin. Namun begitu, terdapat persoalan daripada pengendali makanan yang menyediakan makanan dalam sejumlah yang kecil seperti kelas prasekolah, adakah mereka ini perlu juga mendapat suntikan ini? 

Persoalan ini telah diajukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dan KKM telah memberi penjelasan berkaitan perkara ini melalui surat Bil (3) dlm KKM-171/BKP/11/54/0083 JLD 2 bertarikh 24 Disember 2013. Pihak KKM berpandangan bahawa tiada bukti saintifik untuk mewajibkan pelalian Tifoid kepada Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) prasekolah walaupun sebahagian tugas mereka mengendali makanan. Justeru itu, KKM menyarankan supaya PPM diberi kursus pengendalian makanan selamat dan dilatih tatacara menggelakkan penyakit berjangkit terutamanya keracunan makanan sebelum memulakan tugas mereka.
     


Gambar Hiasan




Diharapkan dengan penjelasan ini, perkara yang menjadi persoalan PPM selama ini terjawab dan dapat bersama-sama memastikan tugasan seharian terutamanya dalam aspek penyediaan makanan  dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengabaikan aspek kebersihan. PPM juga harus banyak membuat rujukan tentang aspek penyediaan makanan selamat supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini... Insyaallah..


Lampiran....

Sila Klik.SURAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


1 comment:

  1. Di sini terdapat senarai klinik suntikan typhoid dan kursus pengendalian makanan www.kursuspengendalianmakanan.com

    ReplyDelete