Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012
1. Bab A: Maksud Perbelanjaan Bantuan Geran Per Kapita (PCG)
Maksud perbelanjaan PCG diperluaskan seperti berikut:
- Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan peruntukan PCG Mata Pelajaran.
- Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT Sekolah dan LPBT Asrama.
- Perbelanjaan penyediaan makan minum mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah/asrama dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT Sekolah dan LPBT Asrama.
- Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru/warden/kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT Sekolah dan LPBT Asrama.
2. Bab C: Borang Pengisytiharan Baki Bawa Ke Tahun Hadapan
- Borang ini digugurkan dari SPK bi. 8 Tahun 2012.
3. Bab F: Baki Bawa Ke Tahun Hadapan
- Baki bawa ke tahun hadapan adalah baki akhir tahun semasa dan tahun-tahun sebelumnya bagi semua jenis bantuan.
- Baki bawa ke tahun hadapan (tidak termasuk peruntukan terlebih tuntut disebabkan pengurangan pelajar) dibenarkan dibawa keseluruhannya ke tahun berikutnya dan tidak akan dikira sebagai peruntukan tahun berikutnya.
- Baki Bawa Ke Tahun Hadapan bagi Peruntukan PCG dan Bantuan Makan Asrama (BMA) boleh dibelanjakan untuk tujuan berikut:
1. Perolehan inventori dan harta modal termasuk penggantian perabot bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
2. Penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah dan asrama dengan jumlah perbelanjaan bagi setiap kerja tidak melebihi RM20,000 dan dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM50,000 setahun. Kerja-kerja ubah suai, naik taraf dan binaan baru tidak dibenarkan.
3. Penyelenggaraan dan pembaikan kritikal sekolah dan asrama akibat bencana alam dengan jumlah perbelanjaan tidak melebihi RM50,000.
4. Perolehan peralatan ICT yang tidak memerlukan kelulusan JPICT dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM5,000. Perolehan komputer tablet adalah tidak dibenarkan.

- Baki Bawa Ke Tahun Hadapan Bantuan-Bantuan Persekolahan Lain (Selain PCG dan BMA) boleh dibelanjakan untuk tujuan berikut:
1. Semua baki boleh dibelanjakan mengikut maksud perbelanjaan yang sama bagi bantuan tersebut.
Pindaan dan penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 17 Jun 2013.SILA KLIK......
PINDAAN PEKELILING KEWANGAN BIL.8 2012
0 ulasan:
Post a Comment